Khamis, 6 Mei 2010

Lebih Banyak Tembelang Anwar

May 6th, 2010 | By Isa Nikmat | Category: Berita Pilihan

KUALA LUMPUR, 5 Mei - Ketua Pergerakan Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin percaya akan ada lagi pihak yang tampil mendedahkan pelbagai maklumat mengenai Anwar.

Anwar, jelasnya, adalah pemimpin yang sanggup berbuat apa sahaja untuk menghalalkan matlamatnya untuk menjadi Perdana Menteri tanpa memikirkan strategi beliau itu akhirnya umpama senjata yang ‘memakan’ tuannya sendiri.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali menjelaskan, pendedahan laman web berkenaan memperlihatkan kepada semua ‘wajah’ sebenar pemimpin pembangkang tersebut.

Menurutnya, apa yang didedahkan itu jelas membuktikan bahawa Anwar seorang yang tidak mempunyai pegangan apabila sering berubah-ubah pendirian mengikut keadaan.

“Pada waktu siang, dia akan jadi lain, petang pula dia akan berubah dan begitulah di sebelah malamnya pula. Apabila berjumpa dengan orang itu, dia akan cakap begini dan bila berhadapan dengan pihak lain pula, lain yang akan diperkatakan.

“Begitulah sikap Anwar. Dia boleh buat apa sahaja demi kuasa, pengaruh dan mencari populariti dan sikap ini sangat berbahaya kerana ia mampu mengancam keselamatan negara,” ujarnya.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata, kalangan pemimpin Barisan Nasional (BN), mereka amat memahami sikap dan karakter sebenar Anwar baik di pentas antarabangsa mahupun di peringkat dalaman negara.

”Pendedahan ini bukanlah sesuatu yang luar biasa bagi BN.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan