Khamis, 4 Ogos 2011

jangan tergadai agama hanya kerana politik

Pas Selangor menyatakan pendirian mempertahankan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim serta mana-mana pemimpin bukan Islam lain di negeri ini untuk menggunakan hadis dalam mana-mana ceramah termasuk dalam perbahasan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).

Timbalan Pesuruhjaya III Pas negeri, Khalid Abdul Samad berkata, tindakan pemimpin bukan Islam menggunakan hadis termasuk ayat al-Quran dalam perbahasan dan ucapan tertentu bukannya satu kesalahan selagi ia tidak lari daripada maksud sebenar.

Beliau memberikan alasan, agama Islam, al-Quran yang diturunkan oleh Allah SWT manakala hadis yang disampaikan oleh Rasulullah SAW adalah sebagai panduan, kebenaran kepada umat manusia sehingga hari ini.

"Justeru, apa yang menjadi masalahnya kalau orang bukan Islam mahu menggunakan hadis untuk menerangkan sesuatu perkara.

"Islam tidak melarang mana-mana orang bukan Islam untuk meminati, memahami serta mendalami agama ini. Kenapa kita (orang Islam) perlu menyekat orang bukan Islam untuk mendekati agama ini.

"Jika ada pihak yang melarang orang bukan Islam berbuat demikian (gunakan hadis dan ayat-ayat al-Quran), ia seolah-olah menyekat serta menyempitkan perkembangan Islam itu sendiri," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Ketua Pembangkang negeri, Datuk Mohamad Satim Diman ketika persidangan DUN Selangor 12 Julai lalu yang mengkritik ADUN DAP tersebut kerana menggunakan hadis untuk menyokong perbahasan dalam sidang itu.

Menurut Mohamad Satim, ADUN DAP itu tidak layak untuk membicarakan soal hadis kerana beliau bukan seorang Muslim selain tidak memahami agama Islam termasuk tidak memahami hadis Rasulullah SAW itu sendiri.

Malah, tindakan Suee Lim itu menurut Mohamad Satim bukan untuk menyokong hujah, sebaliknya mengguna serta mempersendakan sabda Rasulullah SAW untuk kepentingan politik.

Ekoran tindakan Mohamad Satim mempertahankan hadis daripada dipergunakan oleh Suee Lim, beliau telah dikenakan tindakan dihalau daripada sidang dewan pada hari berkenaan oleh Speaker DUN, Datuk Teng Chang Khim.

Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam turut menyatakan umat Islam tidak seharusnya mempertikaikan orang bukan Islam untuk menggunakan hadis atau ayat suci al-Quran kerana tindakan itu dilihat seolah-olah cuba menutup kebenaran kepada manusia.

Ini kerana, katanya, tindakan sedemikian jelas dilakukan oleh orang Yahudi yang menutup bukti kebenaran ayat Allah SWT.


p/s:Orang yang kafir membaca Al-Quran tidak mendapat pahala dan tidak mendapat dosa kerana mereka tidak mencukupi syarat mukallaf. Seorang yang mukallaf yang dibebani dengan hukum wajib, sunat, makruh, haram dan harus adalah disyaratkan seorang Muslim.




Sebaliknya firman Allah :
إِنَّهُ لَقُرْآنٌ كَرِيمٌ
فِي كِتَابٍ مَكْنُونٍ
لا يَمَسُّهُ إِلا الْمُطَهَّرُونَ
sesungguhnya Al Qur’an ini adalah bacaan yang sangat mulia,
pada kitab yang terpelihara (Lohmahfuz),
tidak menyentuhnya kecuali hamba-hamba yang disucikan.
- al Waqiah 77-79

jadi renung2kanla jgn kita terpengaruh hanya kerana parti..ingatlah al-quran adalah kalam Allah..yang dijadikan panduan untuk manusia...kalau rasa nak jugak baca,,bacalah tafsir...kalau betulla Ng Suee Lim dan yang lain nak mendekatkan diri dengan islam banyak lagi cara...ingatlah sedangkan kita yang islam ada adab dan peraturan ketika memegang dan membaca alquran inikan lagi orng kafir,,jangan kita mengadai kesucian alquran hanya kerana parti renung2kan dan selamat beramal

Selasa, 2 Ogos 2011

LARANGAN MELANTIK ORANG KAFIR SBG PEMIMPIN


Dalam surah Ali-Imran [ayat 28] Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah dia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu) dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu) dan kepada Allah jualah tempat kembali.

Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman 


Agama juga berkait rapat dengan politik iaitu kuasa pemerintahan. Ayat ini melarang orang Islam dari melantik orang kafir sebagai pemimpin tertinggi dan apa-apa jawatan penting dalam sesebuah kerajaan Islam. Ini kerana apabila mereka (orang kafir) berkuasa, mereka boleh memusnahkan amalan orang Islam, juga askar dan polis terletak di bawah kekuasaan mereka.

Islam tidak membenarkan melantik orang kafir sebagai ketua negara, ketua tentera dalam sesebuah kerajaan Islam . (post yang “top” seperti perdana menteri mesti Islam). Ini kerana dibimbangi rahsia negara seperti kewangan dan pertahanan umat Islam akan diketahui mereka. Dalam ayat yang lain, dilarang menjadikan orang kafir sebagai penyimpan rahsia:

sura Ali-Imran [ayat 118] Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi orang dalaman (yang dipercayai)…….

Dalam mazhab Syafie, orang kafir tidak boleh memegang jawatan dalam kerajaan Islam dan menjadi tentera. Dalam mazhab Hanafi, orang kafir boleh memegang jawatan dalam kerajaan Islam dan boleh menjadi tentera selagi jawatan tertinggi dipegang oleh orang Islam.

Sekiranya dilantik juga, Allah tidak rugi apa-apa, sebaliknya orang Islam yang rugi, berdosa dengan Allah dan Islam juga akan musnah :

dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah dia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun,

Selain itu dilarang juga berkawan rapat dengan orang kafir. Sejak dari dahulu lagi, mereka tidak ikhlas dalam berkawan dengan orang Islam. Cuma sekadar menanam tebu di bibir mulut. Dibolehkan bergaul dengan orang kafir dalam urusan harian dan bisnes, selagi mereka tidak menggangu urusan kerajaan dan pemerintahan. Jika mereka terlibat dengan pemerintahan, maka berhati-hatilah berurusan dengan mereka seperti “menanam tebu dibibir mulut”. Orang kafir yang terlibat dengan politik tidak lagi termasuk dalam kategori kafir zimmi.

Kafir zimmi
Berdasarkan maksud surah Mumtahanah ayat 8-9 dan surah Ali Imran ayat 28, kafir zimmi sekurang-kurangnya perlu memenuhi ciri-ciri berikut:-

(a) Orang kafir yang tinggal di negara Islam di atas kebenaran pemerintah Islam,(b) Kafir yang tidak terlibat secara langsung dalam urusan politik kerajaan Islam, dan (c) Kafir yang tunduk dan patuh di bawah sistem perundangan kerajaan Islam


tetatpi
“kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu)”

Misalnya di negera bukan Islam atau di negara yang sama banyak bilangan kafir dan Islam, dibolehkan melantik bukan Islam sebagai pemimpin.

dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu) dan kepada Allah jualah tempat kembali.

Politik juga bukanlah lesen untuk mengata, mengumpat dan menceritakan keburukan orang lain. Semuanya akan disoal apabila kembali kepada Allah nanti.

Tempat kembali kepada Allah cuma dua iaitu syurga dan neraka. Adapun A’raf (atas pagar) itu cuma tempat sementara bagi mereka yang sama banyak timbangan amalan baik dan jahatnya, orang yang gila sebelum baligh. Akhirnya mereka dimasukkan ke dalam syurga setelah disiksa batin melihat keseronokan syurga