Khamis, 20 Mei 2010

Mesra Rakyat UMNO Cawangan Kg Banting BNO





UMNO cawangan Kg Banting BNO telah mengadakan program mesra rakyat yang bertujuan mengeratjann ukhwah sesama ahli cawangan..... pelbagai acara telah dipertandingkan bagi menarik minat pelbagai peringkat golongan Ahli UMNO.Program yang dimulakan seawal 8 pagi itu telah menemukan dua pemimpin Sabak Bernam untuk beramah mesra bersama ahli UMNO Cawangan Kg Banting BNO.
Tarikh :
16 Mei 2010 ( Ahad )
Masa :
8.00 pagi - 12.00 tengahari
Tempat :
Balairaya Kg Banting BNO
Tetamu Jemputan :
YB Datuk Abd Rahman b Bakri
Ahli Parlimen Kawasan Sabak Bernam
YBM DATUK HAJI RAJA IDERIS B RAJA AHMAD
ADUN Kawasan Sungai Air Tawar

Antara aturcara program pula telah disusun sejak pagi sehingga tengahari.
TENTATIF PROGRAM

8.00 pagi : Kehadiran Ahli Cawangan

: Menghidang Jamuan Sarapan Pagi
8.15 Pagi : Kehadiran YB Datuk Abd Rahman b Bakri
YBM Datuk Haji Raja Ideris bin Raja Ahmad

8.30 Pagi : Bersarapan pagi bersama-sama

9.00 pagi : Kursus Penyembelihan oleh Imam Masjid al Fitrah

9.30 pagi : Pertandingan mewarna bagi kanak-kanak
( Pensil Warna bawa sendiri )
: Pertandingan masak ( Asam Pedas )
: Pertandingan Kuih Muih traidisional berdasarkan Ubi & Pisang
: Pertandingan Gubahan Bunga Hidup Spontan
( Bahan bawa sendiri )
: Pertandingan Sepak Takraw Bulatan
: Futsal Persahabatan UMNO Cawangan
( Kg Banting BNO vs Kg Banting Sabak )
: Futsal terbuka Ahli Cawangan atau penduduk tempatan
: Golek Tayar Wanita berpasukan
: Golek Tayar Lelaki berpasukan
: Pidato terbuka lelaki & perempuan

: Penyampaian Hadiah

11.30 pagi : bersurai

*** Kaunter pendaftaran keahlian, semakan pemilih dan daftar pemilih dibuka sepanjang program. UMNO juga telah meneri 12 pendaftaran baru pada hari tersebut. Maklumbalas yang diterima juga amat memuaskan...

Menjelang Mesyuarat Agung UMNO Cawangan Kg Banting BNO


tahun ini sekali lagi UMNO Cawangan Kg Banting BNO akan mengadakan mesyuarat agung kali ke 23nya.....
Tarikh : 26 mei 2010 ( Ahad )
masa : 9.30 pagi
Tempat : Balairaya Kg Banting BNO
semua ahli UMNO dijemput menghadiri mesyuarat ini bagi bersama2 memberikan buah fikiran untuk memajukan lagi UMNO kita. kepada yang belum menjadi ahli serta mempunyai keinginan untuk menyertai umno amat dialu-alukan dengan membawa salinan kad pengenalan untuk didaftarkan dibawah payung UMNO. sebelum mesyuarat UMNO diadakan terlebih dahulu ketiga0tiga sayap UMNO cawangan akan mengadakan mesyuarat serentak.

KUASA WANITA

Pepatah ada mengatakan ´tangan yang menghayun buaian, mampu menggoncang dunia´. Nyata, itulah hakikatnya seperti apa yang dapat kita saksikan hari ini. Wanita begitu penting dalam kehidupan seorang lelaki. Jika tidak, Allah s.w.t tidak akan menjadikan Siti Hawa dari tulang rusuk Nabi Adam a.s sendiri untuk memenuhi rasa kesunyian dan keseorangannya di dalam syurga. Wanita begitu bererti bagi seorang lelaki kerana tanpa wanita hidup seorang lelaki tidak akan sempurna, tidak akan bertambahlah zuriat di muka bumi ini, tidak akan ada seorang lelaki bergelar suami, tidak dapatlah seorang lelaki menjadi pemimpin dalam rumah tangga, dan nescaya sunyilah hidup seorang lelaki tanpa teman untuk bergurau senda.

Kejadian wanita adalah lemah kerana dijadikan dari tulang rusuk yang bengkok. Ini menyebabkan ada kalanya ia sukar dibentuk kecuali dengan hikmah dan kebijaksanaan yang tinggi oleh lelaki yang dapat membimbingnya ke arah kebaikan. Di situlah peranan sebagai seorang pemimpin dimainkan oleh lelaki. Antara kita sedar atau tidak, wanita banyak mempengaruhi kehidupan seorang lelaki. Kuasa yang dimiliki oleh wanita boleh menentukan kejayaan atau kemusnahan hidup seorang lelaki. Lihat sahaja punca keruntuhan beberapa empayar gah dunia yang dibina oleh lelaki, tetapi musnah sekelip mata dek pujukan seorang yang bernama wanita. Antaranya adalah empayar yang dibina oleh Napoleon Bonarparte dan Josephine, Anthony dan Cleopatra, Hitler dan Matahari, Samson dan Delila, serta Abu Lahab Hendon.

Begitu juga sebaliknya. Di belakang kejayaan seorang lelaki, juga berdiri seorang wanita. Contohnya Nabi Muhammad s.a.w bersama Siti Khadijah serta isteri-isteri baginda yang lain, Nabi Ayub bersama Siti Rahmah, dan Nabi Ibrahim bersama Siti Sarah serta Siti Hajar. Wanita-wanita inilah yang menjadi kekuatan kepada kepimpinan seorang lelaki sehingga berjaya mengatasi segala ujian dan cabaran tanpa melemahkan semangat juang mereka dalam menegakkan kebenaran dan kekuatan agama

Seperti kisah semasa Nabi Muhammad s.a.w menerima wahyu yang pertama dan bagaimana peranan yang dimainkan oleh isterinya Siti Khadijah telah memberikan semangat kepada baginda. Tepat pada umur 40 tahun, Muhammad bin Abdullah, suami Siti Khadijah menerima tugas kenabian yang harus disampaikan ke seluruh umat manusia. Tugas yang tentu saja tidak mudah, sehingga Nabi Muhammad s.a.w sendiri pada awalnya merasa ragu-ragu, apakah benar yang diterima adalah wahyu, dan apakah juga merupakan pengangkatan sebagai Nabi (yang menerima wahyu) dan Rasul (yang diutus menyampaikan misi). Tetapi sang pendampingnya Siti Khadijah, yang teguh hati, menenangkan, menenteramkan, menguatkan dan memastikan bahawa yang diterima benar wahyu dan baginda benar-benar diangkat menjadi Nabi dan Rasul.

Hal ini diketahui oleh semua orang. Kejelitaan yang dimiliki oleh wanita boleh menumbangkan ramai lelaki hingga banyak yang terarah melakukan perkara-perkara yang tidak wajar. Sebaliknya kuasa jelita yang ada pada kaum muslimah boleh menimbulkan kecintaan yang tinggi terhadap Allah di mana seorang isteri boleh mempengaruhi suami dalam hal-hal yang diredai Allah.

Kaum lelaki mudah goyah dan kalah dengan layanan yang baik. Apatah lagi daripada wanita yang sangat dikasihinya seperti isteri dan ibu. Layanan baik yang disalurkan kepada orang yang berhak menerimanya, bukan sahaja mendatangkan keredaan Allah tetapi memungkinkan apa yang diminta akan dipenuhi dengan mudah. Malahan untuk menjadi seorang isteri yang solehah adalah dengan memberi layanan yang sebaiknya terhadap suami. Ini kerana syurga seorang isteri adalah pada suaminya.

Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya lebih kuat dari lelaki. Hadis Rasulullah s.a.w ada menyebut: "Doa ibu itu lebih cepat makbul." Orang bertanya: "Kenapa ya Rasulllah ?" Jawab baginda: "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa daripada orang yang penyayang tidak akan sia-sia." Dan sebagai seorang anak, kita dilarang sama sekali untuk menderhaka kepada ibu dan sentiasa mendahulukan ibu dalam apa jua urusan. Doa seorang ibu adalah yang paling dimakbulkan oleh Allah s.w.t.

Sifat ketaqwaan lebih mudah diperolehi oleh wanita berbanding lelaki kerana kehalusan budi yang ada pada wanita. Ia merupakan penjara daripada melakukan hal-hal yang mendatangkan dosa. Berbanding lelaki yang sebahagian hidupnya berada di luar rumah serta terdedah kepada pelbagai godaan, cubaan, dan ujian. Jadi terpulanglah pada diri seorang wanita itu untuk memperoleh ketaqwaan ini.

Kemuliaan yang diberikan oleh Allah s.w.t kepada wanita menjadikan setiap lelaki pasti memerlukan wanita untuk menghirupkan udara ini atau dalam perkataan lain setiap lelaki pasti dilahirkan oleh wanita kecuali Nabi Adam a.s. Sekuat-kuat lelaki, kuat lagi wanita kerana lelaki itu sendirinya datang dari perut wanita yang menghamilkannya dan melahirkannya ke dunia. Kemudian mereka melatih, mendidik, memelihara anak kecil itu dari kecil hinggalah dewasa.

Kemuliaan wanita akan lebih nyata, jika ditambah dengan ketaatan kepada kaum lelaki yang berhak ke atasnya sebagaimana maksud hadis Rasulullah s.a.w: “Wanita yang taat kepada suaminya, semua burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan : semuanya beristighfar baginya (isteri) selagi mana ia masih taat kepada suaminya dan diredhainya (serta menjaga solat dan puasanya)."

Bagaimanapun, ia tidak bermakna pada wanita yang hanya menjadi pak turut tanpa ada kuasa menyatakan pendirian, pegangan, pendapat atau lain-lain. Jauh tersembunyi, wanita sebenarnya dianugerahkan dengan kuasa pengaruh yang jika digunakan dengan tepat, lelaki bersedia menurut kehendaknya dan memberi segala haknya. Sabda Rasulullah s.a.w tentang besarnya peranan wanita ini ialah: "Wanita itu tiang negara, jika baik wanita di sesuatu negara itu, maka baiklah negara itu, begitulah sebaliknya."

Kalau demikian tinggi dan hebat kemuliaan dan kedudukan wanita, wajiblah dipelihara dengan sebaik-baiknya kerana jika Allah mencabut kemuliaan itu, wanita akan menjadi amat hina hingga tiadalah tempat lain yang lebih berhak baginya kecuali neraka. Oleh itu gunakanlah kuasa yang dimiliki oleh wanita di tempat yang sepatutnya. Dan bantulah lelaki untuk menjadi pemimpin yang berjaya di dunia dan di akhirat.

Khamis, 6 Mei 2010

Arahan Sultan Selangor tak perlu diwarta: Mais

2010/05/07

Kenyataan Zaid Ibrahim pertikai perintah, larangan dikesali

SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mempunyai kuasa budi bicaranya sendiri dalam menjalankan sebarang fungsi sebagai Ketua Agama Islam di Selangor, kata Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa.
Beliau berkata, mengikut Seksyen 12 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995, Sultan Selangor atas kapasiti sebagai Ketua Agama Islam atau Mais boleh mengeluarkan perintah kepada orang Islam bagi menjaga kesucian agama Islam dan institusinya.
Katanya, arahan yang dikeluarkan Sultan Selangor atau Mais mengikut seksyen itu mempunyai kesan dan berkuat kuasa tanpa perlu diwartakan terlebih dulu.

"Mais menegaskan setiap pihak perlu mematuhi peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa berhubung penggunaan masjid sebagai pusat komuniti orang Islam dan tauliah untuk mengajar agama Islam bagi menjaga kesucian dan kehormatan institusi masjid.

"Mana-mana pihak yang mengingkari, melanggar atau mempertikaikan perintah atau arahan Sultan Selangor atas sifatnya sebagai Ketua Agama Islam di Selangor atau Mais adalah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 12 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995.

"Mereka boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau dipenjarakan tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan," katanya dalam satu kenyataan media di sini, semalam.
Beliau mengulas kenyataan Penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim semalam yang dilaporkan berkata Perlembagaan menetapkan Sultan tidak boleh mengeluarkan perintah secara terus, sebaliknya disalurkan melalui Majlis Agama Islam negeri terlebih dulu dan bermesyuarat sebelum mewartakan keputusan itu sebagai peraturan sah.

Zaid berkata, titah Sultan Selangor yang melarang masjid dijadikan tempat berkempen politik sebagai pendapat peribadi kerana ia tidak dirujuk kepada Mais.

Mohamad Adzib berkata, Mais amat dukacita dengan kenyataan Zaid dan berpendapat beliau sebagai calon pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor sewajarnya peka terhadap undang-undang yang berkuat kuasa di Selangor.

Sementara itu, Umno Selangor membidas kebiadaban Zaid yang mempertikaikan titah Sultan Selangor dan menggesa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mewujudkan satu pasukan khas bagi memantau masjid di negeri ini.

Ketua Penerangannya, Abdul Shukur Idrus, berkata parti itu kesal dengan kenyataan Zaid yang disiarkan sebuah akhbar semalam menyifatkan Penyelaras Pakatan Rakyat itu sebagai keliru dan kurang membaca.

"Perintah Sultan sudah dikeluarkan secara rasmi oleh Mais, Jais dan Jabatan Mufti. Sehubungan itu, Jais wajar mewujudkan pasukan khas yang dapat bertindak serta memantau semua masjid di Selangor bagi mengelak masjid disalah guna," katanya di Bangunan Umno Selangor di sini.

Sementara itu, Majlis Gabungan NGO Pembela Negara (Magaran) mendesak Zaid memohon maaf secara terbuka kepada Sultan Selangor dalam tempoh 24 jam, berikutan kenyataannya mengulas titah larangan menggunakan masjid dan surau sebagai tempat berpolitik.

Magaran juga mendesak supaya kepemimpinan tertinggi PKR mengambil tindakan tegas terhadap Zaid yang didakwa seolah-olah menghasut rakyat supaya tidak menghormati titah Sultan Sharafuddin.

Penasihat Undang-undang Magaran, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz berkata kenyataan Zaid yang dilaporkan dalam akhbar menunjukkan beliau tidak memahami undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan

Zaid didakwa pertikai titah Sultan

2010/05/07

KOTA DAMANSARA: Umno bahagian Subang semalam, membuat laporan polis terhadap Datuk Zaid Ibrahim berhubung kenyataan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu yang didakwa mempertikaikan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung larangan berpolitik di masjid di negeri itu.

Laporan polis itu dibuat oleh Naib Ketua Umno bahagiannya, Abd Raof Abdullah di Balai Polis Kota Damansara di sini, pada jam 12.51 tengah hari.
Abd Raof berkata, laporan itu dibuat sebagai tanda prihatin rakyat Malaysia yang menyifatkan kenyataan Zaid boleh memecah belahkan perpaduan rakyat di negara ini terutama yang beragama Islam.
“Kenyataan yang dibuat itu secara tidak langsung merendahkan taraf Sultan Selangor sebagai Ketua Agama Islam di negeri ini (Selangor). Malah, dalam perlembagaan menyatakan Raja-raja Melayu memiliki kuasa mutlak dalam urusan agama Islam,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata, kenyataan Zaid yang disiarkan di muka depan sebuah akhbar tempatan itu sebagai tidak berasas dan berniat jahat kerana mendakwa titah Sultan Selangor berhubung isu terbabit sebagai pendapat peribadi dan bukannya arahan rasmi.

“Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Muhammad Munir Bani mengesahkan bahawa Majlis Agama Islam Selangor (Mais) telah bersetuju dan menandatangani perintah terbabit. Ini bukan pandangan peribadi Tuanku.

“Justeru, kita minta polis menyiasat kenyataan Zaid ini dan kita juga menggesa supaya beliau memohon maaf secara terbuka berhubung kenyataannya itu,” katanya.
Semalam, akhbar berkenaan melaporkan Zaid mendakwa titah Sultan Selangor berhubung larangan berpolitik di masjid itu bersifat peribadi dan bukannya arahan rasmi.

Zaid juga menyifatkan titah itu bukan sebagai arahan, perintah atau ‘decree’ kerana dalam sistem Raja Berperlembagaan, Sultan tidak boleh mengeluarkan arahan atau perintah seperti zaman Raja-raja Melaka dulu.

Lebih Banyak Tembelang Anwar

May 6th, 2010 | By Isa Nikmat | Category: Berita Pilihan

KUALA LUMPUR, 5 Mei - Ketua Pergerakan Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin percaya akan ada lagi pihak yang tampil mendedahkan pelbagai maklumat mengenai Anwar.

Anwar, jelasnya, adalah pemimpin yang sanggup berbuat apa sahaja untuk menghalalkan matlamatnya untuk menjadi Perdana Menteri tanpa memikirkan strategi beliau itu akhirnya umpama senjata yang ‘memakan’ tuannya sendiri.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali menjelaskan, pendedahan laman web berkenaan memperlihatkan kepada semua ‘wajah’ sebenar pemimpin pembangkang tersebut.

Menurutnya, apa yang didedahkan itu jelas membuktikan bahawa Anwar seorang yang tidak mempunyai pegangan apabila sering berubah-ubah pendirian mengikut keadaan.

“Pada waktu siang, dia akan jadi lain, petang pula dia akan berubah dan begitulah di sebelah malamnya pula. Apabila berjumpa dengan orang itu, dia akan cakap begini dan bila berhadapan dengan pihak lain pula, lain yang akan diperkatakan.

“Begitulah sikap Anwar. Dia boleh buat apa sahaja demi kuasa, pengaruh dan mencari populariti dan sikap ini sangat berbahaya kerana ia mampu mengancam keselamatan negara,” ujarnya.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata, kalangan pemimpin Barisan Nasional (BN), mereka amat memahami sikap dan karakter sebenar Anwar baik di pentas antarabangsa mahupun di peringkat dalaman negara.

”Pendedahan ini bukanlah sesuatu yang luar biasa bagi BN.

Haramkan Dia Datang Ke Selangor!!!!


Dia bukan saja makihamun pemimpin umno/bn tetapi sudah berani mengatakan DYMM Sultan Selangor sebagai bodoh. Dalam ceramahnya di tumpat, dia mengatakan orang yang tidak membenarkan masjid dijadikan tempat berpolitik sebagai bodoh, ucapan bodoh itu di tujukan kepada Sultan Selangor kerana baru-baru ini Sultan Selangor melarang sebarang aktiviti berpolitik di dalam masjid.

Sambil dengan angkuhnya dia berkata, orang yang tidak membenarkan berpolitik dalam masjid sebagai orang yang tidak tahu agama, katanya politik dan agama tidak boleh di pisahkan, maka tempat yang paling elok untuk berpolitik ialah di masjid, maka siapa yang tidak benarkan masjid
dijadikan tempat berpolitik sebagai tak reti agama dan bodoh, dan diberi tepukan oleh ribuan hadirin yang datang mendengar ceramah ulama gila tu.

Nampaknya dia makin melampau, diharap sangat pihak berkuasa, silalah ambil tindakan kepada beliau ini dan harap pejabat DYMM Sultan Selangor keluarkanlah satu surat arahan supaya mengharamkan nik ajis datang ke negeri selangor.

1 comments