Khamis, 4 Ogos 2011

jangan tergadai agama hanya kerana politik

Pas Selangor menyatakan pendirian mempertahankan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim serta mana-mana pemimpin bukan Islam lain di negeri ini untuk menggunakan hadis dalam mana-mana ceramah termasuk dalam perbahasan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).

Timbalan Pesuruhjaya III Pas negeri, Khalid Abdul Samad berkata, tindakan pemimpin bukan Islam menggunakan hadis termasuk ayat al-Quran dalam perbahasan dan ucapan tertentu bukannya satu kesalahan selagi ia tidak lari daripada maksud sebenar.

Beliau memberikan alasan, agama Islam, al-Quran yang diturunkan oleh Allah SWT manakala hadis yang disampaikan oleh Rasulullah SAW adalah sebagai panduan, kebenaran kepada umat manusia sehingga hari ini.

"Justeru, apa yang menjadi masalahnya kalau orang bukan Islam mahu menggunakan hadis untuk menerangkan sesuatu perkara.

"Islam tidak melarang mana-mana orang bukan Islam untuk meminati, memahami serta mendalami agama ini. Kenapa kita (orang Islam) perlu menyekat orang bukan Islam untuk mendekati agama ini.

"Jika ada pihak yang melarang orang bukan Islam berbuat demikian (gunakan hadis dan ayat-ayat al-Quran), ia seolah-olah menyekat serta menyempitkan perkembangan Islam itu sendiri," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Ketua Pembangkang negeri, Datuk Mohamad Satim Diman ketika persidangan DUN Selangor 12 Julai lalu yang mengkritik ADUN DAP tersebut kerana menggunakan hadis untuk menyokong perbahasan dalam sidang itu.

Menurut Mohamad Satim, ADUN DAP itu tidak layak untuk membicarakan soal hadis kerana beliau bukan seorang Muslim selain tidak memahami agama Islam termasuk tidak memahami hadis Rasulullah SAW itu sendiri.

Malah, tindakan Suee Lim itu menurut Mohamad Satim bukan untuk menyokong hujah, sebaliknya mengguna serta mempersendakan sabda Rasulullah SAW untuk kepentingan politik.

Ekoran tindakan Mohamad Satim mempertahankan hadis daripada dipergunakan oleh Suee Lim, beliau telah dikenakan tindakan dihalau daripada sidang dewan pada hari berkenaan oleh Speaker DUN, Datuk Teng Chang Khim.

Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam turut menyatakan umat Islam tidak seharusnya mempertikaikan orang bukan Islam untuk menggunakan hadis atau ayat suci al-Quran kerana tindakan itu dilihat seolah-olah cuba menutup kebenaran kepada manusia.

Ini kerana, katanya, tindakan sedemikian jelas dilakukan oleh orang Yahudi yang menutup bukti kebenaran ayat Allah SWT.


p/s:Orang yang kafir membaca Al-Quran tidak mendapat pahala dan tidak mendapat dosa kerana mereka tidak mencukupi syarat mukallaf. Seorang yang mukallaf yang dibebani dengan hukum wajib, sunat, makruh, haram dan harus adalah disyaratkan seorang Muslim.




Sebaliknya firman Allah :
إِنَّهُ لَقُرْآنٌ كَرِيمٌ
فِي كِتَابٍ مَكْنُونٍ
لا يَمَسُّهُ إِلا الْمُطَهَّرُونَ
sesungguhnya Al Qur’an ini adalah bacaan yang sangat mulia,
pada kitab yang terpelihara (Lohmahfuz),
tidak menyentuhnya kecuali hamba-hamba yang disucikan.
- al Waqiah 77-79

jadi renung2kanla jgn kita terpengaruh hanya kerana parti..ingatlah al-quran adalah kalam Allah..yang dijadikan panduan untuk manusia...kalau rasa nak jugak baca,,bacalah tafsir...kalau betulla Ng Suee Lim dan yang lain nak mendekatkan diri dengan islam banyak lagi cara...ingatlah sedangkan kita yang islam ada adab dan peraturan ketika memegang dan membaca alquran inikan lagi orng kafir,,jangan kita mengadai kesucian alquran hanya kerana parti renung2kan dan selamat beramal

Tiada ulasan:

Catat Ulasan