Isnin, 10 Oktober 2011

Apa kes ni youp oi

tenang youp,,itu kan calon pilihan hati mengkome

KUALA SELANGOR: Mesyuarat Agong Tahunan Parti Keadilan
Rakyat (PKR) Cabang Kuala Selangor 2011 di Dewan Orang Ramai Bestari Jaya di
sini hari ini kecoh apabila beberapa ahli mempersoalkan mengenai pengesahan
tanda tangan pada Penyata Kira-Kira cabang itu. Keadaan itu berlaku sebaik saja ketua cabang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang juga Menteri Besar Selangor selesai menyampaikan ucapan pembukaan.
Soalan bertalu-talu daripada ahli terbabit menjadikan keadaan di dewan kelam
kabut menyebabkan pengerusi tetap, Ibrahim Mahidin terpaksa menenangkan keadaan.

Persoalan itu dibangkitkan oleh Pemeriksa Kira-Kira PKR Cabang Kuala
Selangor, Norazhar Jamil yang mendakwa bahawa penyata kira-kira itu disemak oleh
individu yang tidak dilantik sebagai ahli pada mesyuarat lepas.
Beliau berkata apabila membaca dan meneliti minit mesyuarat yang dibentangkan dalam mesyuarat kali ini, nama dua individu yang menyemak penyata
kira-kira itu bukan beliau dan seorang lagi ahli yang dilantik iaitu Mohd Sharif
Norazhar berkata sebelum ini beliau ada didatangi individu yang memintanya
menandatangani penyata kira-kira berkenaan sebelum dibentangkan dalam mesyuarat
hari ini, namun beliau enggan kerana tidak diusulkan dengan bukti.
Beliau berkata apabila meneliti nama individu yang menyemak penyata itu,
beliau mendapati individu terbabit memegang jawatan dalam parti dan menurut
perlembagaan parti pemeriksa kira-kira tidak boleh memegang sebarang jawatan.
Dalam mesyuarat itu, Abdul Khalid yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri
(ADUN) Ijok menjelaskan bahawa penyata kira-kira itu akan diaudit terlebih
dahulu sebelum dibentangkan semula pada mesyuarat akan datang.
Cadangan Abdul Khalid itu dipersetujui oleh majoriti ahli yang hadir
mesyuarat. -- BERNAMA









FAKTA Sebenar PAS Disingkir Dari BN Pada Tahun 1977

FAKTA II

Krisis Kepimipinan PAS Kelantan 1977 ini yg membawa kepada undi tidak percaya kepada MB Kelantan pada 15 Oktober 1978. Apapun Kerajaan Pusat ketika itu menghormati keputusan yang dibuat oleh PAS Kelantan, atas dasar persefahaman dan tidak masuk campur dengan alasan yang diberi oleh PAS Kelantan mendakwa perkara itu merupakan soal rumah tangga PAS.

07. Tumbangnya Dato' Muhammad Nasir akibat perebutan kuasa dalam PAS, telah menyebabkn berlaku rusuhan yang dimulakan oleh penyokong Nasir di Kota Bharu. Rusuhan ini telah mengakibatkan kerosakkan harta benda, mengancam nyawa dan keselamatan rakyat dan juga mengancam keselamatan negeri Kelantan.

08. Seperti yang dinyatakan oleh Tun Hussein Onn didalam ucapan beliau pada 9 Disember 1977, selaku Perdana Menteri ketika itu, belau harus bertanggungjawab di atas keselamatan negara dan kebajikan rakyat, yang dikhuatiri rusuhan di Kelantan mungkin akan merebak ke negeri2 lain, dan mengekang rusuhan seperti peristiwa 13 Mei berulang.

09. Pada November 1977, Parlimen Persekutuan meluluskan rang Undang-Undang Darurat Kelantan yang meletakkan Kelantan ditadbir secara terus oleh Kerajaan Pusat.

10. Rang Undang-Undang Darurat Kelantan dirangka bersama Menteri2 PAS yg ketika itu masih lagi bersama-sama UMNO dalam Jemaah Menteri. Dan diluluskan oleh Parlimen setelah mendapat persetujuan majoriti termasuk dari kalangan Menteri PAS sendiri.

11. Setelah Kelantan dibawah Darurat. Datuk Mohd Asri menerima tekanan dari beberapa pimpinan PAS terutamanya Nik Aziz selaku Pesuruhjaya PAS Kelantan dan Ketua Dewan Ulama' PAS Pusat yg dari awal lagi begitu lantang menentang gabungan PAS-BN.

12. Hasil dari desakan itu, Haji Hassan Adli Arshad selaku Timb. Yang Dipertua Agung PAS dijadikan kambing hitam PAS apabila beliau dipecat oleh Datuk Mohd Asri yg kononnya beliau menjadi ketua Menteri2 PAS yang menyokong rang Undang-Undang Darurat.

13. Malah beberapa pimpinan PAS yang menentang gabungan PAS-UMNO ketika itu terutamanya Nik Aziz mula menunjukkan sikap memberontak dalam perikatan gabungan PAS-UMNO, menentang setiap arahan dan perlaksanaan kemajuan yang dilakukan BN di Kelantan.

14. Pemberontakan dalaman ini memungkinkan barah berlaku dalam BN, hasil ketiadaan disiplin pemimpin PAS ini, telah menyebabkan UMNO terpaksa membuka tali yg mengabungkan PAS-UMNO.

15. Rentetan dari itu juga menyebabkan krisis dalaman PAS menjadi teruk mengakibatkan perpecahan PAS pada beberapa parti serpihan seperti Berjasa dan Hamim.

16. Keluarnya PAS dari gabungan BN-UMNO, telah menyaksikan satu PRK Kelantan diadakan pada Mac 1978.

17. Pada PRK Mac 1978, rakyat menjadi gempar setelah pekong yg selama ini disimpan oleh beberapa pimpinan PAS diantaranya Nik Aziz ketika itu terbongkar, apabila isu pemberian kontrak balak diberikan sewenang-wenangnya membuktikan bahawa PAS cuba menggadaikan negeri Kelantan.

Siapakah dalang yang sebenarnya? Siapa yang tidak setia pada komponen BN? Nampak sangat PAS memang berniat songsang dalam BN.

[http://bit.ly/nQdJMb][http://bit.ly/nFWcic]

FAKTA Sebenar PAS Disingkir Dari BN Pada Tahun 1977

FAKTA I

Antara punca sebenar krisis Kelantan 1977 adalah berpunca dari pihak PAS itu sendiri. Malah didalam portal PAS pusat itu sendiri menyatakan bahawa ianya bermula apabila timbulnya ketidak puasan hati PAS terhadap Menteri Besar ketika itu, Datuk Muhamed bin Nasir. FAKTA yang tidak diceritakan oleh PAS:

01. Ada diantara pemimpin PAS Kelantan memfitnah dan menuduh Datuk Muhamed bin Nasir terlalu mengikut telunjuk UMNO-BN. Hakikatnya pada ketika itu UMNO-BN tidak pernah campur tangan dalam corak pemerintahan PAS (ketika itu). Malah, sedangkan ketika itu keputusan pemerintahan PAS Kelantan masih ditangan kuasa majoriti Dewan Undangan Negeri.

02. Malah pada ketika itu juga terdapat usaha dalam PAS utk menjatuhkan Presiden PAS (ketika itu) Tan Sri Datuk Dr Haji Mohd Asri bin Haji Muda. Usaha menjatuhkan Datuk Mohd Asri hanya kerana Datuk Mohd Asri adalah tokoh PAS yg bertanggungjawab membawa PAS menyertai Barisan Nasional pada tahun 1973.

03. Asas yang digunakan oleh sebahagian pemimpin PAS Kelantan (ketika itu) untuk menolak Datuk Mohd Asri dan Dato' Muhammad Nasir, hanya kerana selepas PRU 1973, PAS mempunyai kuasa majoriti dengan 22 kerusi dan UMNO hanya 13 kerusi, dan tidak memerlukan sebarang usaha bergabung antara PAS dan UMNO.

04. Dalam tempoh (1973-1978) Datuk Mohd Asri selaku Presiden PAS dan Dato' Muhammad Nasir telah dikaitkan dengan pelbagai spekulasi dan masalah khususnya melibatkan PAS di Kelantan. Hakikatnya, spekulasi dan tuduhan tersebut adalah hasil putar belit fakta sebahagian pemimpin dan ahli2 PAS yg tidak berpuashati dengan perpaduan PAS-UMNO.

05. Krisis Kepimipinan PAS Kelantan 1977 dikatakan timbul hasil ketidakpuasan hati terhadap Menteri Besar, Dato'Haji Muhammad Nasir. Beliau dipecat sebagai MB Kelantan oleh Pucuk Pemimpin PAS Kelantan itu sendiri.

06. Sementara Datuk Mohd Asri mula ditendang keluar oleh Pucuk Pemimpin PAS Kelantan selepas PRU 1978, dengan desakan-desakan supaya beliau meletakkan jawatan selaku Yang Dipertua Agung PAS, desakan yang datang dari beberapa pimpinan PAS antaranya dari Pesuruhjaya Pas Kelantan dan Ketua Dewan Ulama' PAS Pusat Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau akhirnya mengumumkan perletakan jawatan sebagai Yang Dipertua Agung PAS pada 23 Oktober 1982.

Siapakah dalang yang sebenarnya? Siapa yang tidak setia pada komponen BN? Nampak sangat PAS memang berniat songsang dalam BN.

[http://bit.ly/nQdJMb][http://bit.ly/nFWcic]